08 December 2010

Antara Kekayaan, Keazaman dan Kebijaksanaan

Kekayaan bukan maksudnya berapa banyak pendapatan kita, tetapi, berapa banyak kita boleh simpan. Ada yang berpendapatan tinggi, tapi, belanja pun turut tinggi. Malah sebahagian pula berbelanja lebih daripada pendapatan.

Prinsip ini dikenali sebagai Parkinson’s Law. Bermaksud, lagi tinggi pendapatan kita, secara psikologinya lagi tinggi kehendak kita dan lagi tinggi perbelanjaan kita. Last-last, sama juga, masih kita tak dapat menyimpan.

Cara mengelakkan masalah kewangan adalah dengan sengaja kita melawan Parkinson’s Law ni, dengan will power (keazaman dan kekuatan) yang ada dalam diri kita sendiri.

Satu tip yang mudah untuk kita kongsikan bersama, "Ukur baju pada badan sendiri. Kalau kita size M, takkan beli baju size XXL pula… jangan ikut seperti biar papa asal bergaya." Ungkapan ini perlu dibuang dari hidup kita.

Konsep untuk tidak terjerumus dalam masalah kewangan sememangnya mudah. Iaitu, jangan biarkan perbelanjaan lebih daripada pendapatan. Kalau kita boleh lakukan ini, maka, kita telah melawan Parkinson’s Law.

Kita bincang tentang simpanan pula, jika buat simpanan di bank (untuk jangkamasa panjang), simpan dalam bentuk emas. Beli emas secara cash dan simpan di bank yg ada deposit emas atau kalau rasa kat rumah selamat, simpan kat rumah dalam peti besi. Kalau kita nak guna cash, pajak emas kita di ar-rahnu. Sekarang, wang kertas sudah semakin tidak bernilai, lagi-lagi dah bila semua harga barang dan perkhidmatan naik. Sedangkan emas sekarang makin naik nilainya. Lambat laun, bank akan kekurangan penyimpan wang. Dan apabila ini berlaku, transaksi guna dinar emas makin meluas. Sistem kewangan riba akan jatuh dan orang akan sedar bahawa berdikari lebih baik dalam menjana ekonomi keluarga. Bank ni siapa punya? Bank ini siapa punya?? dan siapa paling banyak buat untung darinya? Siapa lagi kalau bukan orang kaya semakin kaya.

Jadikan Malaysia negara yang stabil. Tukar kapitalisme kepada Islam. Jadilah khalifah sebenar yang bijaksana. (rujuk : Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi )

Sekian.

2 comments:

Unknown said...

Kesilapan dalam mendefinisi KEJAYAAN adalah salah satu punca utama kehancuran nilai manusiawi di dunia. Kejayaan sering digambarkan dgn 'menang', 'menguasai', 'berharta', kereta besar & lain-lain yg disukai dek mata & nafsu. Jika demikian, adakah Rasulullah itu BERJAYA? Betulkan takrif kejayaan nescaya hati kita terjaga

khairulazhan said...

terima kasih amir...satu pandangan amat bernas...