05 September 2009

Bersanding Kali ke-2

Pada pendapat anda, adakah satu amalan atau perbuatan yang baik sekiranya kita mengadakan majlis bersanding semula dengan isteri kita? Mengapa pula tidak boleh? Pada pendapat saya boleh tetapi dengan satu syarat utama -> tidak membazir. Memang ia boleh merapatkan hubungan dan kemesraan tetapi dalam masa yang sama, jgnlah kita berlebih-lebihan. Tidak salah kita membuat satu majlis makan di rumah, suami isteri mengenakan baju sedondon sambil menyediakan makanan untuk tetamu yang datang, ambil gambar bersama. seolah-olah seperti majlis persandingan. Tetapi tidak diwar-warkan. Kenapa perlu beritahu kepada semua orang tentang perancangan keluarga kita. Ini perkara yang tertutup, so, suami isteri sajalah yang tahu. Pandai-pandailah kita men'cover'kannya. Jangan kita lari dari tujuan utama menjalankan majlis iaitu yang pertama sekali ialah untuk mengeratkan silaturrahim antara saudara-mara serta jiran tetangga. Berkongsi-kongsi ilmu pengetahuan yang ada serta memberi peringatan kepada yang lupa, memberi semangat kepada yang lemah, dan bantu-membantu dalam meniti arus kehidupan. Selitkan sekali bacaan doa yang boleh di'amin'kan semua tetamu bagi menyatukan hati semua yg hadir agar sentiasa berada di landasan yang diredhaiNya.


Jangan dihina mereka yang lalai, bantu dan terangilah jalan yang mereka akan lalui. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.