30 March 2009

Nafsu : Edisi Pertama

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih...

Awal Akal dan Nafsu

Dalam sebuah kitab karangan 'Usman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah Aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, tidak kan Ku ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku."

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

10 Tips Mengawal Nafsu Makan

1.Utamakan protein sewaktu bersarapan. Kerana ia dapat mengurangkan rasa lapar di siang hari.
2.Jauhi makanan/minuman yang memang anda gemarkan. Ini kerana, makanan kegemaran membuat kita ingin makan banyak dan makan berulang-ulang.
3.Tidur dengan cukup. . 8 jam sehari ye..
4.Menghirup udara/aroma yang menyegar dan mengharum ketika datang lapar. Kalau perut anda lapar, lupakan perut, tumpukan pada hidung. Gitu je...
5.Bila makan, pastikan sajian anda berpatutan dengan bilangan orang yang makan. Jika berlebihan, kita lebih cenderung menghabiskan makanan atas alasan tidak mahu membazir. Kalau terlebih juga, bungkuslah bawa balik. 
6.Makanlah di tempat terang. Makan di tempat gelap akan kurang rasa kenyang. Kajilah.
7.Berbual biar berpada. Lebih lama berbual akan jadi lapar. Jika ada makanan di hadapan, dikhuatiri akan makan dengan gelojoh.
8.Mulakan makan dengan sup. Cubalah.
9.Kurangkan variasi makanan di rumah atau diluar. Pilih makanan dengan berhemah.
10.Gunakan pinggan kecil. Be happy!

Kalau nafsu syahwat, bagaimana nak kekang?

Solat dua rakaat dan ada yang menyebut ketuk kedua-dua lutut dengan tangan serta menyebut kalimah Allah apabila datang nafsu itu. Boleh kaji, baca dan cuba buat. Allah akan tunjukkan jalanNya.

Ilmu tenung diri

Sebelum kita melalui proses bermujahadah membuang segala sifat-sifat yang keji dan jahat pada diri kita itu, perlu pula kita mengenali dan mengetahui apakah sifat-sifat buruk yang masih bertapak dalam hati kita itu. Apakah puncanya? Setelah kita mengenali jenis dan punca penyakit yang dihidapi oleh diri kita, barulah boleh kita berusaha untuk mengubati penyakit tersebut. Sama juga dengan penyakit zahir perlu diketahui terlebih dahulu apakah jenis penyakit dan apakah sebab-sebabnya. Apabila kita telah dapat mengesan jenis penyakit itu, barulah boleh kita berusaha untuk mengubatinya.

Di sini terdapat beberapa jenis penyakit yang selalu bermain-main dalam hati dan diri kita. Marilah bersama-sama kita kaji, mencari punca dan sekaligus mencari cara untuk menghindarkan diri kita daripada wabak penyakit itu. Penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kita, termasuklah pada diri saya sendiri.
Antaranya ialah :
1. Bahaya lidah 2. Marah 3. Hasad dengki 4. Bakhil 5. Sukakan kemuliaan dan kemegahan 6. Riak 7. Sombong (takabur) 8. Ujud (hairankan diri) 9. Tipu daya (ghurur)