29 December 2008

Happy New Year!!

Tahun baru menjelma lagi buat kali yang ke seribu empat ratus tiga puluh selepas penghijrahan Nabi SAW dari Makkah ke Madinah. Selalu di war-war dalam media massa bila tiba tahun baru pasti akan ditanya tentang azam baru. Diri anda bagaimana pula? Adakah anda telah membuat satu ketetapan untuk azam baru pada diri anda? Ramai yang apabila ditanya tentang azam baru, mereka akan mengatakan tiada azam baru. "Azam tahun lepas pun belum selesai lagi", kata mereka. :) Ada sesetengah pula, bila tiba setiap awal tahun, pasti akan ada azam baru di kotak fikiran mereka. Eloklah jika ada azam. Hidup bermatlamat.

Jika kita lihat dalam satu konteks yang lebih luas, peranan 'azam' dalam kehidupan ini tidak kurang pentingnya. Ianya bagaikan satu objektif atau matlamat kepada kehidupan; dan lebih luas lagi matlamat itu untuk kehidupan selepas kematian. Azam berkait rapat dengan muhasabah diri, menghisab atau menilai prestasi diri atau, mengenali diri dengan lebih mendalam. Jauh atau dekat satu matlamat itu bukan soalnya tetapi dengan adanya azam itu sedikit sebanyak memandu dan memacu perlakuan dan tingkah laku kita dalam kehidupan kepada yang lebih positif.

Tetapkanlah azam anda begitu juga diri saya kerana manusia ini bersifat pelupa. Biarlah azam itu merupakan suatu yang realistik, tidak retorik dan iainya suatu yang mampu kita lakukan. Jangan biarkan sifat-sifat kecewa, malas, putus asa dan lain-lain sifat negatif mendekati kita. (Kita akan bincang tentang perasaan kecewa, dari mana ia datang dan ke mana perasaan kecewa ini akan membawa kita di kesempatan yang lain, insya-Allah) Positif bukan perbincangan ini? Ambillah yg baik; kepada yang ada pendapat, silakan. Satu peringatan untuk diri saya dan semua pembaca; 'a.z.a.m sepatutnya ada setiap masa, bukan tahun baru saje' :)- sekian.
p/s: link doa awal tahun : http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html

14 December 2008

Bukit Merah... seribu keriangan....

Musim cuti sekolah pada akhir tahun memang menjadi tarikh pilihan bagi kebanyakan keluarga untuk pergi bercuti. Tetapi, ada perkara yang harus difikirkan seperti, contohnya: adakah berbaloi kita pergi bercuti ke suatu tempat dengan sumber-sumber yang ada sekarang? Maksud saya disini bukan sahaja sumber kewangan, malah sumber-sumber lain yang membantu seperti kenderaan, tenaga, kesesuaian tarikh, dan sebagainya. Sumber ini juga meliputi ketenangan fikiran dan keterluangan kesemua ahli yang akan melibatkan diri dalam percutian. Malahan, faktor beg pakaian juga boleh mempengaruhi anda membuat keputusan untuk menetapkan destinasi anda.

Justeru itu, saya dan isteri bersependapat untuk ke Bukit Merah Laketown. Tarikh 10 Disember menjadi pilihan dan kami telah membuat reservation seawal 2 minggu sebelum pergi dengan menempah pakej 3 hari 2 malam. Pada 7 Disember, saya, isteri dan anak bertolak ke Bangi, Selangor untuk berkumpul merayakan Hari Raya Qurban di rumah adik ipar saya. Pada pagi 10 Disember kami bertolak ke Bukit Merah, Semanggol, Perak.


Perjalanan mengambil masa yang lama oleh kerana menggunakan kereta berkuasa rendah serta jarak yang memang jauh. Perjalanan hampir 6 jam. Aimi (anak: 4 tahun) acap kali bertanya mengapa tidak sampai2. Aimi sanggup menahan tidur selama perjalanan itu. Jadi, kamilah yang melayan karenahnya yang sudah biasa kami layani setiap hari. Ayah and Ummi will love you always. Buku yang isteri saya beli dari peniaga jalanan sewaktu minum di Bangi Kopitiam menjadi tatapan Aimi di dalam kereta. Buku tersebut adalah kamus 4 bahasa untuk kanak-kanak.


Lokasi Bukit Merah adalah di daerah Larut-Matang-Selama dan tidak jauh dari negeri Pulau Pinang. Pada jam 1705 kami sampai di pintu masuk. Kami disambut dengan senyuman oleh pengawal disitu. Soalan yang kami tanya juga disambut dengan senyuman. macam tulah baru dikatakan seorang pengawal yang baik. syabas Pak Guard Bukit Merah! Kami teruskan perjalanan ke Suria Apartment, tempat kami menginap. Masuk je ke bilik, buka tingkap bilik terus nampak kolam mandi. Anak saya pun apa lagi, melompat2 mengajak saya mandi bersamanya. Setelah bersiap, kami pergi mandi. Isteri saya pula pergi ke lobi untuk settlekan pendaftaran.




Setelah hampir 1 jam mandi sehingga terlupa kepenatan perjalanan 6 jam tadi, kami pun naik ke apartment. Malam tu selepas solat dan makan, kami berehat sepenuhnya untuk persediaan hari esok. Saya pula melayari internet menggunakan laptop sebentar sebelum tidur jam 11pm. Tentang harga makanan bagi saya amat berpatutan bagi sebuah resort tetapi cuma minuman yang agak mahal. Teh tarikh rm6! Beli 1 kongsi ramai2. :)

Destinasi pertama pada hari kedua ialah Orang Utan Island. Tepat jam 9 pagi bot tiba untuk membawa kami ke sana. Aimi memang dah lama teringin menaiki bot. Perjalanan menaiki bot ke Pulau Orang Utan adalah lebih kurang 15 minit.





Melawat Pulau Orang Utan satu pengalaman baru buat kami, Orang Utan dipelihara di sini adalah sebahagian usaha pemilik Bukit Merah Resort ini untuk menyelamatkan spesis Orang Utan yang populasinya hanya 12ribu ekor di seluruh negara.




Selepas itu, kami ke Eco-Park iaitu sebuah mini zoo yang unik. Disini kita boleh memberi makanan kepada semua haiwan dan menonton 'Animal Show'.






Selepas menonton Animal Show, kami menaiki 'Chairlift" iaitu deretan buaian yang digerakkan secara mekanikal dengan ketinggian lebih kurang 60 meter dari tanah. Water Park dan beberapa bahagian di Resort ini menjadi santapan mata dari atas. Isteri saya agak gementar tapi Aimi sikit pun tak takut. Macam ayah nye..hehe..




Orang Utan, EcoPark dan Chairlift tidak berjaya memenatkan kami menjelajahi Resort yang unik ini. Kami teruskan dengan aktiviti bermain air di Water Park. 1 jam lebih berendam di Water Park.


Akhirnya Water Park berjaya membuat kami letih. Mungkin dalam badan kami telah dipenuhi dengan klorin yang sudah pasti boleh memudaratkan badan. Kami banyakkan minum air masak dan berehat di Apartment. Malamnya kami pergi makan dan bermain 'Bumper Car'.


Hari terakhir kami menghabiskan waktu dengan membeli-belah. Waktu nak balik, Aimi kelihatan sedih untuk meninggalkan tempat tersebut kerana terlalu seronok berada di sana. Insya Allah satu hari ayah akan bawa Aimi ke sana lagi... yee..

18 November 2008

NAMA, apa makna nama anda?

Apa yang ada pada diri anda? Bagaimana nak kenal diri anda? nama anda? Cukupkah nama dapat memberikan gambaran penuh diri anda? Pentingkah nama? Salam sejahtera, nama saya Md Khairul Azhan. bukan kah begitu cara terbaik perkenalkan diri. tapi kita sekarang zaman globalisasi, nak cepat je... biasa tak bagi nama penuh pun. bagi nama samaran lagi. Hi, saya tom cruise... yg ni takpe, orang tau die tipu. tapi kalau... Hi, nama saya Jay. cantikk, lembut bahasa tapi menipu le tu. Apa nak ditakuti atau malu dengan nama sendiri. Banggalah dengan nama anda. bukan membangga diri tapi hargai diri anda dengan nama.
Nama kalau kurang elok, tukarlah kepada yang elok. Jabatan Pendaftaran boleh membantu. Alhamdulillah, nama saya diberi ada maksud. Kata ibu saya, doktor yang bagi cadangan nama saya ni kepada ibu saya. tapi ibu saya ubah sikit. Menurut ibu saya, Doktor yang terlibat semasa saya dilahirkan ketika itu memberi cadangan nama Kamarul Azhan (sudah ditulis dalam surat beranak pun!), tapi akhirnya ibu saya menukar Kamarul kepada Khairul dan menambah perkataan Muhammad yang diringkaskan kepada Md. Ada orang sebut 'Md' ni Mad. Saya kata tak, yang sebenarnya Muhammad. Dengan gabungan nama tersebut, terhasillah maksud yang indah iaitu 'Sebaik-baik Fikiran yang Terpuji'. inilah maksud nama saya.
Saya taklah kata diri saya ni mempunyai fikiran yang terbaik. Tapi secara psikologinya ia mempengaruhi. Ini penting bila kita mempunyai anak dan memberikan nama pada anak kita nanti. Pastinya kita mahukan yang terbaik. Jadi, berilah nama yang baik-baik. Ada ulama berpendapat bahwa antara nama dengan sifat seseorang ada kaitan dalam makna dan hikmah. Setidaknya nama dapat menimbulkan satu pengaruh yang dapat menggerakkan hati seseorang dan sifat hendak atau mengharap kepada sesuatu yang baik.

bagi bakal ibu atau bapa: boleh baca artikel ini, Panduan Memilih nama Bayi: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=582.0;wap2

27 October 2008

Di antara karya dan tulisan...

Dunia telah diglobalisasi? atau globalisasi menjadi keduniaan? banyak, sangat banyak, sangat luas jika hendak difikirkan. Internet, dunia globalisasi, dunia tanpa sempadan? Seluas-luas dunia internet, ia tetap dunia... seluas pemikiran para genius-genius, para ulama, luas lagi ilmu pencipta Ilmu. Keadaan ini menambah lagi keyakinan dan minat para pencinta Ilmu untuk menggeledah dunia internet dengan membaca dan mengkaji sendiri berpandukan fakta-fakta atau karya-karya yang ada di alam siber. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk menilai sejauh mana kebenaran berdasarkan pengetahuan sedia ada, dan pembacaan sebelum ini, atau daripada pengajaran guru masing-masing. Tetapi, jika niat yang baik pasti akan mendatangkan satu kebaikan paling tidak ia dikira sebagai satu kebaikan yang boleh disebut sebagai 'usaha'.