10 June 2009

Jalan-Jalan Pantai Timur

Berikut adalah coretan ringkas saya tentang percutian baru-baru ini. Perjalanan kami sekeluarga bermula pada 29/05. Jam 5 petang. Tiba di Bangi pada jam 12am. Tidur disana. Esok pergi ke Majlis Walimatul Urus adik lelaki saya dirumah pihak perempuan yang terletak di Kapar, Kelang.

Petang kami kembali ke Bangi dan tidur di sana. Keesokannya kami melawat Bukit Tinggi yang kini dikenali sebagai Berjaya Hills. Melawat tempat seperti Rabbit Farm, Colmar Village dan menonton persembahan akrobatik Cina di sana.






Petang itu, kami balik ke Bangi. Malam kami menuju ke Putrajaya ke umah Abg ipar untuk melawat Hadif yang masih dalam rawatan. Kami tidur di sana.

Esok paginya, selepas sarapan, jam 8:10am, kami bersiap untuk memulakan perjalanan kami ke Pantai Timur. Saya menggunakan lebuhraya Karak menuju ke Kuantan. Di Kuantan, setelah isi minyak penuh, kami terus ke berjalan melalui lebuhraya Pantai timur dan mengikut jalan pantai menuju ke Kuala Terengganu melalui beberapa bandar seperti Balok, Chukai, Kijal, Kemasek, Kerteh, Paka (kat sini baru Aimi tido!), Dungun dan Marang. Di Dungun kami berhenti untuk solat. Perut agak lapar. Kami alas perut dengan roti yang ada dalam bekalan.

Kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan singgah makan nasi goreng nelayan di Kg. Seberang Baroh, Kuala Terengganu. yum2, mabeles food! Selepas makan, kami teruskan perjalanan ke Besut melalui daerah Setiu. Akhirnya, Kami sampai di Kampung rakan setugas isteri saya (Zu) iaitu di Felda Selasih, Kg. Tok Dor, Besut pada jam 7:30pm. Berehat sebentar di sana, minum, bebual. Jam 9 kami dibawa oleh Zu ke Bukit Keluang Beach Resort. tempat yg sangat menarik. (Kami dah survey tempat ini di internet 2 minggu lepas). Selepas Zu belanja makan, kami tidur dengan lenanya di resort tersebut. 4.5stars!!.


Esok kami bergerak semula ke Kg. Tokdor menghadiri majlis perkahwinan adik Zu. Jam 1 kami bertolak ke rumah rakan setugas saya pula (Hafizi) di Kg. Raja, Besut. Kami solat di sana dan ibu Hafizi mencadangkan untuk pergi ke Kota Bharu. Lalu kami bersependapat untuk pergi ke Pengkalan Kubor. Keputusan on the dot! hehe. Kami ingatkan dekat je. ropenye jauh tuuuu..... Takpe, oleh kerana en.Hafizi nak jadi tourist guide so, masa perjalanan jadi kuranglah skit. terima kasiih bebnyk En.Hafizi.

Sampai di Pengkalan Kubor jam 5pm. Sempat membeli beberapa cenderamata, baju, dan barangan dapur. Kami balik semula ke Besut.

Dalam perjalanan ke Besut, kami dibawa oleh Hafizi ke rumah Irwan (juga rakan sekerja) di Tumpat. Dapat jugak sampai rumah ko, Wan, kata saya. Setelah berbual dan minum lebih 36kurang 40min, kami meneruskan perjalanan ke Besut. Jadual kami adalah untuk bermalam di Kuala Terengganu. Tiba2, sewaktu melintasi bandar Kota Bharu, En.Hafizi berhenti di tepi jalan. "Ada ape fizi?", tanya saya. "Sinilah tempat nasi kerabu yang terkenal, nasi kerabu golok, jom makan!", jawab En.Hafizi. Lalu kami menjamu selera. Memang sedap, lain daripada nasi kerabu kat Johor. Terima kasih kepada ibu Hafizi kerana belanja kami makan di sini. Kami menjemputnya datang ke rumah kami di JB. Setelah mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada keluarga Hafizi, kami bergerak ke Kuala Terengganu pada jam 8.20pm. Tiba di Kuala Terengganu jam 11.00pm. Kami menginap di Hotel Kenangan (dimiliki oleh guru-guru melayu terengganu). Guru jugakk..:) esok paginya saya membeli sarapan dan makan di hotel kerana isteri dan anak agak kepenatan. bagilah diorg tido lama skit.

Lebih kurang jam 11 pagi kami terus mencari arah ke Taman Tamadun Islam. Di sana, kami melawat taman monumen yang menempatkan 21 buah monumen daripada 20 buah negara. Kami menyewa sebuah tram 4 seater untuk berjalan. Masa 1 jam digunakan sepenuhnya dengan kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar, melihat tayangan dan ruang pameran di monumen tertentu. Selepas itu, kami menaiki bot TTI river cruise yang perjalanannya mengambil masa 50min-1jam. Kami dibawa mengelilingi beberapa pulau dan melihat kehidupan, bangunan, perniagaan penduduk yang terletak ditepi sungai tersebut.









Selesai menaiki bot, kami melawat kedai cenderamata. Saya tak beli apa pun cuma orang umah beli kain batik hand made. Sesudah itu, kami berehat dan solat di masjid kristal. Di sini part yang paling menyedihkan bagi Aimi. Belon 'hello kitty' bergas yg dibeli oleh umminya terlepas dari tangan dan pemberatnya lalu terbang jauh ke angkasa. Sabar ye aimi (Lupa nk ambil gambar saat itu :))


Hari dah pun petang, kami meneruskan perjalanan ke Pasar Payang di mana tempat orang menghabiskan duit poket dan boleh dikatakan murah. Bukan ape, kenang-kenangan tu kena ada jugak sesikit. Jadi, berpada-pada lah berbelanja. (Pesan saya kpd isteri, begitu juga masa di P.Kubor semalam). Di sini, Lokman (rakan sekerja saya) datang berjumpa kami. Dia ingin membawa kami menjamu selera makanan terhebat di KT. "Ko nak bawa kami makan apa, Man?", saya bertanya. "Nasi dagang famous Kuala Terengganu", jawab Lokman. Wow! kat kelantan menjamu nasi kerabu, kat KT ni rasa nasi dagang pula. Ni jalan-jalan cari makan ke. hehe.. Tepat sekali kata-kata Lokman, warung yang menyediakan nasi dagang ini memang betul2 stail kampung walaupun terletak tengah bandar. Nasi dagang dia fuhh... sampai bertambah 2 pinggan. T.kasih En.Lokman.

Jam saya menunjukkan sekarang pukul 7:00pm. Kami singgah dirumah Lokman (setelah dipelawa Lokman) untuk berehat seketika dan solat. Kami teruskan perjalanan kami yang kami jadualkan akan bermalam di Kuantan. Perjalanan dianggarkan sejauh 230km. "Kalau penat nanti, kita tidurlah mana-mana resort sepanjang pantai nanti", biacara isteri saya dan saya menerima cadangan baik itu. Lalu, saya mendapat idea untuk tidur di cherating kerana memikirkan Aimi belum lagi dapat mandi pantai. Tiba di Cherating, kami memilih sebuah resort tepi pantai yang berharga sederhana untuk menginap. Pagi esoknya saya membawa Aimi bermain air di pantai Cherating. Isteri menyiapkan beg dan semua barangan untuk kami bertolak ke Kuantan dan seterusnya balik ke Batu Pahat.




Vroom3...,bunyi dah keta Iswara 1.3M saya untuk kami memulakan perjalanan ke Kuantan. Kami ke Kuantan untuk singgah rumah kawan baik isteri saya waktu di Uitm dulu, iaitu Ariz dan suaminya yg juga rakan saya, Ham. (Kami penah jumpa di S.Alam 3 thn lepas). Rumah mereka terletak di Bandar Mahkota, lebih kurang 7-8km dr bandar Kuantan. Makan tengahari dan berehat di sana. T.kasih Ariz-Ham. Selepas itu kami bertolak ke Batu Pahat melalui Muadzam Shah, Segamat dan Yong Peng.

Inilah part saya bebetul penat. Sampai di Labis, saya minta isteri saya drive hingga ke Yong Peng. Saya rehat, Aimi pun sama. SAmpai Yong Peng kami minum2 dan saya sambung memandu ke Batu Pahat. Tiba di Batu Pahat lebih kurang jam 8:30pm.

Kegelapan Malam, Adakah Sinar untuk Islam

Kegelapan Malam

Kegelapan malam takkan selamanya
Fajar Subuh datang bersama sinaran mentari
Begitulah kegelapan pada dunia Islam kini
Sinarannya pasti kembali.

Kegelapan itu takkan berpanjangan
Sinaran Iman dan Islam terangi kehidupan,
Ia pastikan datang bawakan tamadun
Menggembirakan kita nantikan.

Kegelapan malam takkan selamanya
Fajar Subuh datang bersama sinaran mentari
Begitulah kegelapan pada dunia Islam kini
Sinarannya pasti kembali.

Dizaman itu, yang hak pasti terbela
Yang palsu akan musnah
Kebenaran pasti terjadi
Yakinlah akan tiba masanya
Tak siapa dapat menghalangnya.

Kegelapan malam takkan selamanya
Fajar Subuh datang bersama sinaran mentari
Begitulah kegelapan pada dunia Islam kini
Sinarannya pasti kembali

Dizaman itu, yang hak pasti terbela
Yang palsu akan musnah
Kebenaran pasti terjadi
Yakinlah kita pembela akan tiba
Tak siapa dapat mengahalangnya.

Kegelapan malam takkan selamanya
Fajar Subuh datang bersama sinaran mentari
Begitulah kegelapan pada dunia Islam kini
Sinarannya pasti kembali…..