Trip memancing saya ke Tasik Kenyir baru-baru ini memberikan satu pengalaman baru kerana inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Tasik ini dan melihat sendiri empangan Kenyir yang hebat itu. Apabila sampai sahaja di pintu masuk empangan Kenyir, saya sudah pun merasai pelbagai rasa yang menyeronokkan bermain di fikiran dan perasaan. Di sini juga telah kedengaran bunyi air terjun, serangga-serangga hutan, burung-burung, ranting kayu yang menjadikan perasaan 'excited' itu semakin tinggi dan semua kawan-kawan juga merasai perkara yang sama.
Walapun trip ini tujuannya untuk memancing ikan Sebarau secara 'casting', semua ahli trip tidak mahu melepaskan peluang untuk 'enjoy' dan santai dalam trip ini. Oleh itu, banyak ruang2 kosong diselitkan dengan aktiviti-aktiviti selain memancing, ada yang bercamping, memasak ikan fresh dengan kayu api, mandi air terjun, posing untuk bergambar, karaoke, menonton tv/astro, dan lain-lain. Saya ada bertanya kepada rakan-rakan yang bersama dalam trip ini apakah kenangan yang paling best sekali di kenyir dan jawapan yang sama terima hampir sama iaitu 'SUASANA'.
Pada hari pertama, masa memancing agak pendek dalam sekitar 3-4jam sahaja sebelum semua bot bergerak ke 'Boathouse' utama yang diletakkan di kawasan sungai cacing. Tiada hasil pada hari pertama. Hari kedua, strike sebarau pertama berjaya dilakukan oleh ajeem dan pada waktu petang pula, saya memperolehi sebarau pertama dalam hidup saya secara casting pada waktu 6:25pm.
Sebarau kedua saya perolehi pada hari terakhir trip iaitu dalam jam 9:15am. Kali ini lebih comel dari yang pertama.
No comments:
Post a Comment