Tahun baru menjelma lagi buat kali yang ke seribu empat ratus tiga puluh selepas penghijrahan Nabi SAW dari Makkah ke Madinah. Selalu di war-war dalam media massa bila tiba tahun baru pasti akan ditanya tentang azam baru. Diri anda bagaimana pula? Adakah anda telah membuat satu ketetapan untuk azam baru pada diri anda? Ramai yang apabila ditanya tentang azam baru, mereka akan mengatakan tiada azam baru. "Azam tahun lepas pun belum selesai lagi", kata mereka. :) Ada sesetengah pula, bila tiba setiap awal tahun, pasti akan ada azam baru di kotak fikiran mereka. Eloklah jika ada azam. Hidup bermatlamat.
Jika kita lihat dalam satu konteks yang lebih luas, peranan 'azam' dalam kehidupan ini tidak kurang pentingnya. Ianya bagaikan satu objektif atau matlamat kepada kehidupan; dan lebih luas lagi matlamat itu untuk kehidupan selepas kematian. Azam berkait rapat dengan muhasabah diri, menghisab atau menilai prestasi diri atau, mengenali diri dengan lebih mendalam. Jauh atau dekat satu matlamat itu bukan soalnya tetapi dengan adanya azam itu sedikit sebanyak memandu dan memacu perlakuan dan tingkah laku kita dalam kehidupan kepada yang lebih positif.
Tetapkanlah azam anda begitu juga diri saya kerana manusia ini bersifat pelupa. Biarlah azam itu merupakan suatu yang realistik, tidak retorik dan iainya suatu yang mampu kita lakukan. Jangan biarkan sifat-sifat kecewa, malas, putus asa dan lain-lain sifat negatif mendekati kita. (Kita akan bincang tentang perasaan kecewa, dari mana ia datang dan ke mana perasaan kecewa ini akan membawa kita di kesempatan yang lain, insya-Allah) Positif bukan perbincangan ini? Ambillah yg baik; kepada yang ada pendapat, silakan. Satu peringatan untuk diri saya dan semua pembaca; 'a.z.a.m sepatutnya ada setiap masa, bukan tahun baru saje' :)- sekian.
p/s: link doa awal tahun : http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html
No comments:
Post a Comment