18 November 2008

NAMA, apa makna nama anda?

Apa yang ada pada diri anda? Bagaimana nak kenal diri anda? nama anda? Cukupkah nama dapat memberikan gambaran penuh diri anda? Pentingkah nama? Salam sejahtera, nama saya Md Khairul Azhan. bukan kah begitu cara terbaik perkenalkan diri. tapi kita sekarang zaman globalisasi, nak cepat je... biasa tak bagi nama penuh pun. bagi nama samaran lagi. Hi, saya tom cruise... yg ni takpe, orang tau die tipu. tapi kalau... Hi, nama saya Jay. cantikk, lembut bahasa tapi menipu le tu. Apa nak ditakuti atau malu dengan nama sendiri. Banggalah dengan nama anda. bukan membangga diri tapi hargai diri anda dengan nama.
Nama kalau kurang elok, tukarlah kepada yang elok. Jabatan Pendaftaran boleh membantu. Alhamdulillah, nama saya diberi ada maksud. Kata ibu saya, doktor yang bagi cadangan nama saya ni kepada ibu saya. tapi ibu saya ubah sikit. Menurut ibu saya, Doktor yang terlibat semasa saya dilahirkan ketika itu memberi cadangan nama Kamarul Azhan (sudah ditulis dalam surat beranak pun!), tapi akhirnya ibu saya menukar Kamarul kepada Khairul dan menambah perkataan Muhammad yang diringkaskan kepada Md. Ada orang sebut 'Md' ni Mad. Saya kata tak, yang sebenarnya Muhammad. Dengan gabungan nama tersebut, terhasillah maksud yang indah iaitu 'Sebaik-baik Fikiran yang Terpuji'. inilah maksud nama saya.
Saya taklah kata diri saya ni mempunyai fikiran yang terbaik. Tapi secara psikologinya ia mempengaruhi. Ini penting bila kita mempunyai anak dan memberikan nama pada anak kita nanti. Pastinya kita mahukan yang terbaik. Jadi, berilah nama yang baik-baik. Ada ulama berpendapat bahwa antara nama dengan sifat seseorang ada kaitan dalam makna dan hikmah. Setidaknya nama dapat menimbulkan satu pengaruh yang dapat menggerakkan hati seseorang dan sifat hendak atau mengharap kepada sesuatu yang baik.

bagi bakal ibu atau bapa: boleh baca artikel ini, Panduan Memilih nama Bayi: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=582.0;wap2

27 October 2008

Di antara karya dan tulisan...

Dunia telah diglobalisasi? atau globalisasi menjadi keduniaan? banyak, sangat banyak, sangat luas jika hendak difikirkan. Internet, dunia globalisasi, dunia tanpa sempadan? Seluas-luas dunia internet, ia tetap dunia... seluas pemikiran para genius-genius, para ulama, luas lagi ilmu pencipta Ilmu. Keadaan ini menambah lagi keyakinan dan minat para pencinta Ilmu untuk menggeledah dunia internet dengan membaca dan mengkaji sendiri berpandukan fakta-fakta atau karya-karya yang ada di alam siber. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk menilai sejauh mana kebenaran berdasarkan pengetahuan sedia ada, dan pembacaan sebelum ini, atau daripada pengajaran guru masing-masing. Tetapi, jika niat yang baik pasti akan mendatangkan satu kebaikan paling tidak ia dikira sebagai satu kebaikan yang boleh disebut sebagai 'usaha'.